tarikh 16 May tiap-tiap tahun da sinonim dengan satu sambutan ni..iaitu SAMBUTAN HARI GURU...sambutan hari guru ini adalah bagi mengenang jasa-jasa bukan setakat guru...tapi semua warga pendidik...jika anda pensyarah..cikgu tusyen atau pelatih di tadika dan juga taska...SETIAP ANDA ADALAH GURU..
mari kita sama-sama kenang..siapalah kita yang ada di sini..mampu melakukan semua ni jika tidak dengan tunjuk ajar guru? Menteri-menteri kite menyanjung guru..kerana kerjaya mereka bermula dengan didikan oleh guru.
tapi tu dulu..sekarang murid-murid sekolah kebanyakkan nya rasa sekolah itu tak penting...terus mereka merendahkan martabat seorang guru dengan tidak menghormati guru-guru di sekolah..perangai kurang ajar yang ditunjukkan pleh murid-murid ini bukan sahaja dari segi percakapan malah, perbuatan ponteng sekolah juga adalah salah satu tingkah laku yg menunjukkan seseorang murid tu ttak menghormati guru
mari kite kenang-kenangkan sebelum entry blog nie berakhir...guru zaman dahulu yang diberi kepercayaan mendidik..merotan sebagai tanda tunjuk ajar melahirkan lebih ramai insan berjaya atau pun guru sekarang yang disekat kaedah pengajaran nya mampu melahirkan insan cemerlang? mana satu pilihan anda selaku murid dan ibu-bapa???
akhir kata...SELAMAT HARI GURU buat para pendidik semua..semoga lebih byk insan cemerlang yang lahir dari tunjuk ajarmu..
P/S : tak lupe jugak..SELAMAT HARI GURU kat diri sendiri..kerana secara rasminya 14 MAY 2010 saye bergelar seorang guru di SMK Seri Ampangan Seremban :)